Madah 1
Kalau seseorang itu tidak bimbang dengan dosa
Lebih-lebih lagi setelah
terlibat dengan dosa
Tidak pun hati merintih dengan dosa itu
Ditakuti mati di
dalam suul-khatimah.
Madah 2
Jika kita membuat dosa,
Tidak terasa dengan dosa,
Kita telah membuat dua kali
dosa,
Satu kerana dosa yang dibuat,
Keduanya kerana tidak merasa berdosa.
Madah 3
Dosa walaupun kecil jangan diremeh-remehkan,
Dosa tetap dosa,
Dosa tetap
dianggap derhaka,
Dosa sekalipun kecil kalau Allah tidak ampunkan tetap
Neraka.
Madah 4
Kesalahan-kesalahan yang payah dan sulit sekali hendak dikesan ialah
Kesalahan
yang dibuat oleh orang yang berkuasa dan cerdik pandai.
Dan kejahatan mereka
berselindung di sebalik kepentingan agama,
Berselindung disebalik kepentingan
pendidikan,
Berselindung disebalik kepentingan ekonomi,
Berselindung kepentingan
bangsa dan negara.
Justeru itulah apabila memperkatakan gejala masyarakat,
Para pelajar dan muda-mudilah yang menjadi sasaran kerana mudah dikesan.
Madah 5
Banyakkan mengingat dosa-dosa kita
Daripada mengingat amal kebajikan kita,
Cara ini lebih menyelamatkan kita di Akhirat kelak.
ASIAMAT <3