Kamis, 02 Januari 2014

Madah ASZ Dosa

Madah 1
Kalau seseorang itu tidak bimbang dengan dosa
 Lebih-lebih lagi setelah terlibat dengan dosa 
Tidak pun hati merintih dengan dosa itu 
Ditakuti mati di dalam suul-khatimah.

Madah 2
Jika kita membuat dosa,
 Tidak terasa dengan dosa, 
Kita telah membuat dua kali dosa,
 Satu kerana dosa yang dibuat, 
Keduanya kerana tidak merasa berdosa.

Madah 3
Dosa walaupun kecil jangan diremeh-remehkan,
Dosa tetap dosa,  
Dosa tetap dianggap derhaka, 
Dosa sekalipun kecil kalau Allah tidak ampunkan tetap Neraka.

Madah 4
Kesalahan-kesalahan yang payah dan sulit sekali hendak dikesan ialah
Kesalahan yang dibuat oleh orang yang berkuasa dan cerdik pandai.
Dan kejahatan mereka berselindung di sebalik kepentingan agama,
 Berselindung disebalik kepentingan pendidikan,
Berselindung disebalik kepentingan ekonomi, 
Berselindung kepentingan bangsa dan negara. 
Justeru itulah  apabila memperkatakan  gejala masyarakat, 
 Para pelajar dan muda-mudilah  yang menjadi sasaran kerana mudah dikesan.

Madah 5
Banyakkan mengingat dosa-dosa kita 
Daripada mengingat amal kebajikan kita, 
Cara ini lebih menyelamatkan kita di Akhirat kelak.



ASIAMAT <3







Tidak ada komentar:

Posting Komentar